fbpx

Pasangan “kekasih” belagak kaya belanja pakai duit palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Ashikin menunjukkan duit palsu (atas) dan duit sebenar yang kelihatan agak sama ketika ditemui di Tapak Penjaja Chembong, di sini, tadi. - NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang peniaga kuih muih dan makanan di Tapak Penjaja Chembong terpaksa menanggung kerugian apabila menerima sekeping wang palsu bernot RM100 ketika menjual di gerainya, di sini, semalam.

Peniaga berkenaan, Nur Ashikin Kadir, 35, berkata, ketika itu dia sedang sibuk melayan beberapa orang perlanggan termasuklah sepasang individu yang kelihatan tergesa-gesa membuat pembelian tiga jenis menu di gerainya iaitu kuih rojak, mee rojak dan tauhu begedil bernilai RM16.

Menurutnya, sebaik menerima wang berkenaan, hatinya mula terdetik kelainan pada duit berkenaan, namun menganggap duit tersebut baharu sahaja keluar dari mesin juruwang automatik (ATM) dan sekali imbas, duit berkenaan nampak seperti duit tulen.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang, ada sepasang individu lelaki dan wanita loghatnya seperti orang Indonesia. Mereka nampak seperti kaya dengan menaiki kereta jenis Proton X50.

“Jadi, saya memang tak sangka mereka akan memberikan wang palsu kepada saya. Sebaik menyedari wang berkenaan palsu kira-kira 30 minit selepas kejadian, saya telah memuat naik makluman di page Facebook setempat bagi memastikan peniaga lain tidak tertipu seperti saya dan mengalami kerugian,” katanya ketika ditemui di Chembong, di sini, tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI