fbpx

Banjir: PSP bakal peroleh tujuh bot baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mastor (tiga kanan) menyerahkan sumbangan itu kepada Mustafa (dua kiri) di Surat At-Taqwa, Taman Sri Muda, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bakal memperoleh aset baharu melibatkan tujuh bot pelbagai guna bagi operasi banjir di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)(Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd. Ariff berkata, penambahan aset itu antara persediaan dan kesiapsiagaan pihaknya dalam menghadapi bencana alam berkenaan.

Katanya, kesemua tujuh bot baharu itu sudah mendapat kelulusan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Bot jenis flat (rata) berkenaan dilihat bersesuaian untuk memasuki lokasi banjir di kawasan perumahan.

“Ia bukan saja boleh digunakan dalam operasi (keselamatan) lain, malah bagi misi menyelamat mangsa banjir,” katanya ketika ditemui pada program misi bantuan banjir di Surau At-Taqwa Taman Sri Muda di sini, hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI