fbpx

Pemilik syarikat kontraktor kemuka butiran palsu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pemilik syarikat kontraktor ditahan hari ini selepas disyaki mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bernilai RM4,000 bagi kerja-kerja di sebuah universiti awam.

Penahanan lelaki berusia 48 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dekat sini.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bernilai RM4,000 kepada sebuah universiti awam pada 2018.

“Ini bagi kerja-kerja pemasangan, membuka dan membersihkan penyaman udara sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Permohonan reman suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI