fbpx

Hukuman berat menanti pengeluar sijil vaksinasi palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan mana-mana pengamal perubatan serta individu yang dikesan mengeluarkan sijil vaksinasi palsu dikenakan hukuman yang berat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kesalahan yang dilakukan oleh doktor dan pengamal perubatan terbabit adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap negara.

“Saya melihat kejadian ini secara serius kerana tiada maknanya kerajaan berhempas-pulas mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pandemik COVID-19 sedangkan mereka sendiri melanggarnya.

“Perkara ini sebenarnya amat susah untuk saya terima kerana ianya berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan rakyat di negara kita sendiri,” katanya pada sidang akhbar khas sempena Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 di Wisma Pertahanan, dekat sini hari ini.

Jelasnya lagi, tindakan mereka ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini malah turut menjejaskan usaha pembukaan sempadan secara aman. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI