fbpx
PELANGGAN mempunyai pilihan untuk memilih restoran yang diinginkan bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.

Tak kisah naikkan harga, asal kualiti makanan dijaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelanggan yang sering menjadikan restoran mamak dan kedai nasi campur sebagai tempat untuk ‘mengisi perut’ mengakui mereka masih boleh menerima sebarang kenaikan, asalkan harga yang ditawarkan tidak terlalu membebankan pengguna.

Seorang kakitangan swasta, Fairuz, 41, berkata, kenaikan harga makanan sekitar 20 sen adalah sesuatu yang relevan selepas mengambil kira kos bahan mentah yang semakin melonjak ketika ini.

“Dahulu RM1 sekeping dan ada yang naik kepada 20 sen. Ia masih boleh diterima asalkan peniaga terus menjaga kualiti dan kuantiti makanan itu.

“Mungkin ada yang sedikit terasa kesannya, terutama mereka yang mempunyai anak yang ramai. Itu memang berlaku ketika ini,” katanya.

Mohd. Fauzan, 41, pula berkata, pemilik restoran pastinya sudah membuat pertimbangan sebelum menaikkan harga makanan termasuk nasi campur.

“Tiada peniaga yang akan menaikkan harga jualan sesuka hati kerana tahu tindakan itu akan memberi kesan terhadap perniagaan mereka.

“Lagipun, isu kenaikan harga makanan telah lama berlaku dan seolah-olah tiada kesudahan. Namun, orang ramai tetap perlu membeli makanan yang mereka inginkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN