fbpx

Polis terima laporan adik guna akaun Azam beli saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Abd. Jalil dan Azam.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menerima laporan berhubung pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau untuk pembelian saham.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, laporan polis terbabit telah dirujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, sebuah portal media melaporkan, Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa memohon parlimen membincangkan dakwaan Azam memiliki saham di dua buah syarikat yang disenaraikan dibursa melebihi daripada jumlah yang dibenarkan.

Dakwanya, Azam sebagai pengarah siasatan SPRM (antara tahun 2015 dan 2016) disyaki memiliki 930,000 saham dalam sebuah syarikat pada 30 April 2015, dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.

“Pada 21 Mac 2016 pula, beliau dipercayai memiliki 2,156,000 waran dalam sebuah syarikat senarai awam,” dakwanya.

Azam bagaimanapun menafikan dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat yang dibangkitkan itu.

Jelasnya, saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adiknya, Nasir menggunakan pembiayaan miliknya dan saham syarikat yang dibeli tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI