fbpx

Pembunuh Imam Fadi berjaya ditangkap, identiti sebenar belum pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nadir memaklumkan perkembangan terkini mengenai suspek utama kes pembunuhan Imam Fadi berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan Gaza menerusi hantaran di Facebooknya pagi tadi.

PETALING JAYA – Lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes pembunuhan imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi Mohammed Al Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 dikatakan telah berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan Gaza.

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook pagi ini.

“Berita tersebar pagi tadi bahawa pengintip dan pembunuh Imam Fadi Al-Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 berjaya ditangkap di Gaza oleh pihak keselamatan.

“Pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit dan perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap,” katanya.

Kawasan kejadian yang meragut nyawa Imam Fadi pada April 2018 lalu. Foto Ihsan FB

Tambah Nadir, suspek tersebut memaklumkan membunuh Imam Fadi bersama lelaki yang lain di Kuala Lumpur ketika itu.

Terdahulu, Allahyarham Fadi maut ditembak oleh dua lelaki bermotosikal yang melepaskan 10 tembakan di badan dan kepala mangsa pada 21 April 2018 sekitar pukul 6 pagi.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak bagi menunaikan solat Subuh dan pembunuhan pensyarah warga Palestin itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI