fbpx

Lelaki berperwatakan wanita lindungi Long Tiger dipenjara lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusli dituduh melindungi Long Tiger di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berperwatakan wanita dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melindungi lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger, bulan lalu.

Tertuduh, Rusli Mat, 47, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad.

Nurul Ainna menjatuhkan hukuman penjara tersebut dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 28 Disember lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Rusli yang mengenakan blaus belang hitam dan putih serta seluar jeans didakwa melindungi Abdul Hamim Ab Hamid dengan niat untuk mengelakkan lelaki terbabit daripada ditangkap.

Kesalahan tersebut dilakukan di LBS 854A, Kebun Tebu Jalan Kuala Ketil di sini kira-kira pukul 3.15 petang, 28 Disember tahun lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI