fbpx
Khairi Haikal kelihatan sugul selepas tidak dapat ke sekolah apabila kereta api tidak berhenti di hentian Kuala Gris, Kuala Krai hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

Kereta api tak berhenti, 100 pelajar SMK Dabong terpaksa ‘ponteng’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI – Sesi persekolahan secara bersemuka buat kali pertama selepas Kelantan memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi pelajar di Kampung Kuala Gris di sini terbantut selepas kereta api yang menjadi pengangkutan utama mereka tidak berhenti di hentian tersebut pagi tadi.

Situasi itu menyebabkan kira-kira 100 pelajar di hentian Kuala Gris di sini tidak dapat mengikuti sesi persekolahan hari pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong hari ini.

Mengikut jadual, kereta api itu sepatutnya berhenti di stesen Kuala Gris pada pukul 6.59 pagi dan tiba di Dabong kira-kira 20 minit, namun pemandu tren tidak berbuat demikian.

Bagimanapun pelajar tetap setia menunggu sehingga pukul 7.30 pagi sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, KTMB ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut akan dilakukan dengan penuh teliti.

“Pengurus Wilayah Timur akan mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah dan penghulu untuk membincangkan perkara ini,” katanya.-K! ONLINE

POPULAR