fbpx

Elak ambil minuman ‘potong kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster PHM berkaitan minuman manis.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil minuman yang manis secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kencing manis.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, kajian menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia mengambil gula tambahan dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan menerusi minuman.

“Pengambilan gula yang tinggi, obesiti dan tidak aktif dalam aktiviti fizikal merupakan faktor risiko untuk penyakit kencing manis.

“Setakat ini 20.3 peratus atau hampir 2.8 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, penyakit kencing manis juga akan menyebabkan saraf di kaki kurang sensitif, kulit mudah dijangkiti kulat dan luka sukar sembuh.

“Hal ini menjadi punca kepada komplikasi ulser di kaki.

“Menyedihkan, 7 peratus pesakit diabetes terpaksa dipotong kaki (amputasi) akibat komplikasi ulser di kaki,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI