fbpx

Darth Vader, Stormtroopers iringi majlis pengebumian peminat Star Wars

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu memberikan penghormatan terakhir kepada Wadley dengan memakai kostum watak-watak filem Star Wars. – BPM Media

LONDON – Sekumpulan peminat filem sains fiksyen popular, Star Wars, menyertai perarakan pengebumian salah seorang ahli mereka, Paul Wadley dengan memakai kostum askar Stormtroopers, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wadley, 55, yang dikenali ramai kerana minatnya yang mendalam terhadap filem tersebut meninggal dunia pada 10 Disember 2021, disebabkan sejenis penyakit neuron motor.

Dia sebelum itu terkenal kerana menghasilkan sendiri kostum watak droid daripada filem francais Hollywood itu, C-3PO, yang amat serupa dengan kostum sebenar.

Balu Wadley, Sonja Wadley berkata, majlis pengebumian itu berlangsung mengikut apa yang diinginkan oleh suaminya.

“Ia amat sempurna dan hebat. Majlis pengebumian itu berlangsung sama seperti yang diingini oleh mendiang.

“Wadley yang merancang semuanya, saya hanya menganjurkannya dan ia berlangsung dengan amat lancar,” katanya.

Dalam majlis tersebut, rakan-rakan dan ahli keluarga Wadley serta para peminat filem Star Wars turut hadir sambil memakai pelbagai kostum watak-watak filem itu termasuk Stormtroopers, Darth Vader dan R2-D2 bagi memberi penghormatan terakhir kepada lelaki tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI