fbpx

Memorabilia Star Wars dilelong di internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES – Peminat Star Wars boleh memiliki peralatan asal yang digunakan dalam filem berkenaan menerusi lelongan memorabilia yang akan diadakan hujung bulan ini, lapor laman berita Metro.co kelmarin

Antara item yang dijual termasuk kostum promosi watak antagonis, Darth Vader dalam filem Star Wars: A New Hope yang disiar di layar perak pada
tahun 1977.

Bagaimanapun, sesiapa yang berharap untuk memilikinya perlu memiliki poket tebal kerana harga jualannya dijangka mencecah AS$250,000 (RM1.04 juta).

Memorabilia Star Wars lain termasuk topi keledar Boba Fett dalam filem Return of the Jedi (1983) yang dianggar berharga sekitar AS$30,000
(RM125,805) di samping peralatan filem berkenaan yang ditayangkan antara tahun 1999 hingga 2005.

Secara keseluruhan, lebih 850 peralatan Star Wars akan dilelong sebagai sebahagian daripada acara lelongan Entertainment Memorabilia yang dikelolakan Prop Store pada 26 Ogos dan 27 Ogos ini.

Lelongan itu akan disiarkan secara langsung di internet. Kepada mereka yang ingin memiliki pedang cahaya sendiri, mereka boleh membeli pedang yang digunakan oleh Ewan McGregor sebagai Obi-Wan Kenobi di samping pedang cahaya Christopher Lee yang melakonkan watak Count Dooku dalam filem Attack of the Clones.

“Prop Store dikenali kerana memberi tumpuan kepada barangan tahun 1970-an dan 1980-an dalam lelongan memorabilia kami.

“Kami teruja untuk meneruskan tradisi ini dengan menawarkan peralatan berkualiti dalam filem Star Wars,” kata Ketua Pegawai Operasi firma lelongan berkenaan, Brandon Alinger.

Peminat boleh melakukan bidaan secara sendiri atau melalui proksi di laman web www.propstore.com/liveauction. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI