fbpx

Pistol Han Solo paling mahal berharga RM4.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prop BlasTech DL-44 Heavy Blaster digunakan oleh Harrison Ford dalam filem Star Wars Episode IV: A New Hope terbitan tahun 1977. – Instagram/ Rock Island Auctions

SPRINGFIELD, ILLINOIS – Sepucuk pistol  yang menjadi peralatan lakonan (prop) bagi watak Han Solo dalam filem trilogi Star Wars mencatat rekod sebagai pistol prop paling mahal  dijual dalam acara lelongan pada  harga  AS$1,057,500 (RM4,541,728).

Menurut agensi berita United Press International, pistol yang secara rasmi dikenali dalam francais Star Wars sebagai BlasTech DL-44 Heavy Blaster itu digunakan oleh pelakon, Harrison Ford dalam filem ‘Star Wars Episode IV: A New Hope’ terbitan tahun 1977.

Firma lelongan dari Illinois,  Rock Island Auctions berkata, pistol itu adalah satu daripada tiga prop yang masih wujud sehingga kini.

Peralatan itu dibuat berdasarkan pistol buatan Jerman, Mauser C96 ketika era Perang Dunia Pertama.

Ia menggunakan bahagian daripada mesingan MG81 ketika era Perang Dunia Kedua serta skop raifal Hensoldt-Wetzlar abad ke-20.

Guinness World Records turut mengesahkan bahawa harga jualan itu menjadikan pistol tersebut berjaya menempa rekod dalam kategori pistol prop termahal yang dijual dalam lelongan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI