fbpx

AS batalkan 20,000 penerbangan akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUMPANG memeriksa jadual penerbangan di papan maklumat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, 28 Disember 2021. – AFP

WASHINGTON – Hampir 20,000 penerbangan telah dibatalkan di Amerika Syarikat (AS) sejak malam sambutan Krismas lalu disebabkan situasi semasa Covid-19 di negara itu, lapor akhbar Nation Thailand semalam.

“Selama berminggu-minggu, syarikat penerbangan terpaksa membatalkan jadual penerbangan mereka disebabkan masalah kekurangan staf akibat peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara dan juga cuaca buruk,” kata laporan akhbar The Hill.

Pada Khamis lepas, AS telah merekodkan sebanyak 791,734 kes baharu dan 1,989 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 58 juta kes dan 831,729 kematian.

Meskipun pentadbiran Presiden Joe Biden telah menggesa lebih ramai penduduknya untuk menerima vaksinasi dan suntikan dos penggalak Covid-19, respons yang diterima adalah kurang memberangsangkan.

Akhbar New York Times Khamis lalu melaporkan bahawa meskipun kerajaan AS telah memperluaskan tahap kelayakan untuk penduduk menerima suntikan dos penggalak, ia tidak selaras dengan jumlah permintaan.

“Hanya kira-kira 35 peratus daripada penduduk AS telah menerima dos penggalak sejak pertengahan Ogos tahun lalu ketika suntikan ketiga itu mula dilancarkan,” kata laporan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN