fbpx

Tinggal produk kosmetik atas tebing sebelum lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak mengandungi produk kosmetik seludup yang ditinggalkan di pangkalan haram Kak Mah, Rantau Panjang hari ini. /FOTO IHSAN PGA.

RANTAU PANJANG – Sekumpulan lelaki tidak sempat membawa lari produk kosmetik yang diseludup dari negara jiran selepas kegiatan mereka dihidu oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Kak Mah, di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 8 pagi itu, kesemua lelaki berkenaan melarikan diri dengan menaiki perahu sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk meloloskan diri.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaaan di sekitar pangkalan haram itu, anggota PGA telah melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak dari sebuah perahu ke atas tebing sungai.

Menurutnya, anggota PGA terus menghampiri lokasi tersebut, namun kesemua lelaki terus menaiki perahu sebelum melarikan diri ke negara jiran.

“Pemeriksaan di kawasan itu menjumpai kotak-kotak berisi pelbagai jenis produk kosmetik bernilai RM7,397 yang dipercayai diseludup ke negara ini.

“Kesemua barangan rampasan dibawa balik ke Kompeni Taktikal PGA Rantau Panjang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 (1) (a) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI