fbpx

Pembalakan tidak boleh melebihi kuota ditetapkan – Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin ketika bercakap pada sidang akhbar di Wisma Sumber Asli hari ini.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Penebangan pokok balak di mana-mana negeri di Malaysia tidak boleh dilakukan melebihi kuota yang telah ditetapkan menerusi keputusan mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meluahkan rasa kehairanan apabila kerajaan Kelantan mendakwa tiada kuasa bagi menentukan kuota tersebut.

“Saya pernah berada dalam Exco Kelantan, jadi saya tahu mengenai perkara ini,” jelasnya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini bagi pengumuman dua program baharu.

Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengatakan bahawa kerajaan negeri tiada kuasa dan ia dilakukan menurut Akta Perhutanan Negara 1984.

Ia susulan bencana banjir yang sering berlaku di negeri itu dan didakwa berpunca akibat daripada kegiatan pembalakan di hutan tidak dikawal langsung oleh pihak kerajaan Kelantan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, penetapan kuota diputuskan MTN yang dipengerusikan Perdana Menteri dengan ahlinya turut terdiri dari kalangan menteri besar dan ketua menteri.

“Saya tidak pasti kenyataannya (Mohd. Amar) namun saya akan cuba menghubungi beliau untuk semak dan tanya sendiri apakah maksud sebenar hendak disampaikan itu,” jelasnya.

Secara dasar ujarnya, setiap negeri memiliki had kuota Catuan Tebangan Tahunan yang berdasarkan kriteria dan indikator bagi Pensijilan Pengurusan Hutan Malaysia sejak 2012 lagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI