fbpx

Jepun perkenal bas kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan dwi-mod yang didatangkan dalam pelbagai warna itu bergerak dengan kuasa diesel dan boleh membawa sehingga 21 penumpang pada satu-satu masa. - Asa Coast Railway

TOKYO – Jepun baru-baru ini mendedahkan Kenderaan Dwi-Mod (DMV) pertama di dunia, yang boleh berjalan  jalan raya seperti bas dan di atas landasan seperti kereta api, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Kenderaan unik itu diperkenalkan bulan lalu di bandar Kaiyo, wilayah Tokushima.

Bas mini itu amat praktikal kerana boleh bergerak dengan menggunakan tayar getah biasa apabila di atas jalan raya dan apabila perlu berubah kepada mod kereta api, sepasang roda logam pula akan dijatuhkan dari perut kenderaan itu.

Malah, pertukaran mod bagi kenderaan itu juga hanya mengambil masa selama 15 saat.

“DMV ini boleh digunakan oleh penduduk tempatan sebagai bas dan juga kereta api.

“Bagi kawasan luar bandar di mana penduduknya semakin tua, kami menjangkakan ia merupakan satu bentuk pengangkutan awam yang sangat baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Asa Coast Railway, Shigeki Miura. 

Kenderaan dwi-mod yang didatangkan dalam pelbagai warna itu bergerak dengan kuasa diesel dan boleh membawa sehingga 21 penumpang pada satu-satu masa.

Ia bergerak pada kelajuan 60 kilometer per jam (km/j) dalam mod kereta api dan sehingga 100 km/j dalam mod bas. 

Shigeki berkata, dia yakin kenderaan unik itu dapat membantu bandar kecil seperti Kaiyo dengan populasi yang semakin tua dan semakin berkurangan di mana syarikat pengangkutan konvensional bergelut untuk menjana pendapatan.

Kenderaan itu bakal meliputi sebahagian daripada pantai pulau Shikoku, menghubungkan beberapa bandar dan menawarkan penumpang dengan pemandangan tepi laut yang menakjubkan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI