fbpx

Tempahan pacuan empat roda untuk Abang Viva selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sha ketika menemui Azwan Omar untuk membincangkan urusan pembelian kenderaan pacuan empat roda.

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sha Hassan tampil lagi menjelaskan bahawa tempahan pacuan empat roda khas untuk dihadiahkan kepada ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30 selesai semalam.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, Sha menceritakan kesukaran beliau untuk mendapatkan kenderaan terbabit ekoran proses pembelian kereta mengambil masa agak lama.

“Sekarang kereta banyak 4×4 tidak sedia dan kena tunggu sampai dua hingga tiga bulan baru boleh dapat, jika tunai sekalipun tetap kena tunggu giliran.

“Yang 4×2, spec paling rendah ada tetapi tidak puas hati pula, alang-alang bagi yang okay sikit lah,” katanya menerusi media sosial.

Jelas Sha, ramai yang sudi menghulurkan bantuan di seluruh negeri bagi mempercepatkan proses pembelian kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

“Ramai yang banyak membantu sampai ke Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Terengganu carikan. Semalam, Alhamdulillah kita dapat satu unit yang sesuai dengan abang ini.

“Jadi semalam dah selesai tempahan, tapi tetap kena tunggu dalam satu minggu untuk selesaikan semua benda,” ujarnya.

Tambah usahawan itu, ‘Abang Viva’ sangat baik orangnya dan masih sabar menunggu serta tidak memilih jenis kenderaan yang bakal dihadiahkan kepadanya.

“‘Abang Viva’ santai sahaja, Sha mesej dia tunjuk pilihan gambar dia jawab ‘mana mana pun boleh, tidak kisah’. Dia tak tanya apa langsung, baik betul orangnya,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI