fbpx

SPRM turunkan video PSA ‘MC Boleh Menjadi Rasuah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video PSA oleh SPRM yang menerima kecaman kerana didakwa mencemarkan imej profesion perubatan.

PUTRAJAYA – Bersandarkan kepada nilai kebertanggungjawaban dan kesepaduan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keputusan untuk menurunkan video pengumuman perkhidmatan awam (PSA) yang dimuat naik mereka pada Selasa lalu.

SPRM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai respon yang diterima berhubung video bertajuk ‘MC boleh menjadi rasuah’ itu termasuk daripada pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

“Video PSA yang diterbitkan mereka itu adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat serta memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perbuatan menawar, memberi dan menerima rasuah.

“Dalam konteks video itu, ia merujuk kepada isu pemberian sijil cuti sakit palsu atau MC dan contoh berkenaan adalah berdasarkan situasi sebenar yang pernah disiasat oleh SPRM menerusi aduan yang diterima daripada majikan dan orang awam kepada suruhanjaya ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, suruhanjaya itu tidak berniat untuk menjatuhkan atau mempersoalkan profesionalisme pakar atau pengamal perubatan dalam isu berkenaan.

“SPRM amat menghargai segala usaha, pengorbanan serta sumbangan daripada setiap pengamal perubatan di negara ini khususnya ketika negara berdepan dengan penularan Covid-19.

“Sehubungan itu, bersandarkan kepada nilai kebertanggungjawaban dan kesepaduan, SPRM mengambil keputusan untuk menurunkan video tersebut demi menjaga sensitiviti dan keharmonian semua pihak,” ujar kenyataan itu.

Terdahulu, MMA dalam satu kenyataan dikeluarkannya semalam turut menyelar video kesedaran antirasuah yang dimuat naik suruhanjaya itu yang memaparkan seorang doktor menerima rasuah untuk mengeluarkan sijil cuti sakit.

MMA turut menyarankan agar SPRM menggunakan contoh lain untuk menyampaikan mesejnya dan menuntut agar suruhanjaya berkenaan menurunkan segera klip video berkenaan yang dianggap sebagai mencemarkan imej profesion perubatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI