fbpx

Ibu kecewa pipi bayi lebam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan lebam di pipi bayi tersebut

PETALING JAYA – Seorang ibu melahirkan rasa kecewa apabila bayi lelakinya yang berusia lima bulan mempunyai kesan lebam pada pipi selepas pulang dari sebuah tadika.

Gambar bayi tersebut dikongsikan oleh ibunya, Hasannah di laman sosial Twitter dan tersebar di media sosial hari ini.

Menurut Hasannah, bayinya itu baru tiga kali dihantar ke tadika terbabit.

“Apabila saya minta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), pihak taska mengatakan CCTV itu rosak.

“Kemudian apabila saya tanya apa yang telah berlaku, pihak taska menjawab lebam pada pipi anaknya akibat gigitan serangga. Saya telah buat laporan polis,” dakwanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai kasihan terhadap bayi itu dan kesal dengan kejadian yang menimpanya.

“Rasanya sudah banyak kes melibatkan taska, tadika dan tempat pengasuh. Sepatutnya kena buat ujian psikologi dan latihan, menjadi pengasuh atau cikgu kanak-kanak bukan perkara mudah,” kata @Rainism08.

“Kesan lebam itu nampak sangat pipi bayi itu seperti kena cubit,” jelas @izzzzaa.

“Inilah sebab mengapa saya memilih untuk menjadi ‘ibu’ yang tinggal di rumah untuk menjaga anak saudara. Saya tidak boleh membiarkan orang yang tidak dikenali menjaga mereka,” ujar @Lxyjo_II. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI