fbpx

Suri rumah selingkuh, tolong kekasih Afrika songlap duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid (kiri) menunjukkan bungkusan kiriman yang dirampas dalam serbuan di Puchong, Selangor.

MELAKA – Demi menagih cinta kekasih gelap, seorang suri rumah bukan sahaja sanggup berselingkuh, malah bersekongkol dengan teman lelakinya warga Afrika untuk melakukan jenayah penipuan kiriman bungkusan berjumlah lebih RM100,000.

Penglibatan wanita berusia 50-an tersebut terbongkar selepas polis mengesan nombor akaun bank miliknya yang digunakan oleh sekumpulan enam suspek Afrika dalam kegiatan berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kumpulan itu dikesan selepas polis menerima satu laporan membabitkan seorang pengadu lelaki mendakwa ditipu suspek dengan nilai kerugian RM117, 759 pada 6 Disember lalu.

Katanya, mangsa yang masih bujang telah berkenalan dengan suspek pada 20 November lalu dan kononnya lelaki itu telah mengirim bungkusan serta wang tunai dalam dolar bernilai RM331,049.

“Pengadu bagaimanapun diminta membuat bayaran caj pelepasan barangan oleh pihak kastam dan mangsa melakukan beberapa transaksi ke dalam akaun bank yang diberikan dengan jumlah keseluruhan RM117,759.

“Setelah membuat pembayaran, bungkusan itu bagaimanapun tidak diterima dan mangsa telah membuat laporan polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.

Katanya, hasil risikan, pihaknya berjaya mengesan pemilik akaun bank terbabit dan dua siri serbuan dibuat pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Puchong, Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI