fbpx

YB jadi ‘lauk’ netizen selepas berkongsi gambar balak di bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik seorang ahli parlimen pembangkang di laman Facebook semalam.

PETALING JAYA – Mana sifat perikemanusiaan YB (Yang Berhormat), hormatlah sikit mangsa banjir, mereka bukan bahan jenaka.

Itu antara luahan geram pengguna laman sosial apabila melihat satu perkongsian seorang wakil rakyat yang seolah-olah tidak sensitif dengan nasib yang menimpa mangsa banjir.

Menerusi perkongsian di laman Facebook ahli parlimen pembangkang itu, dia telah memuat naik satu gambar yang memaparkan kayu balak berada di atas bumbung sebuah rumah.

Lebih menyayat hati balak tersebut telah merosakkan pelbagai strukur rumah terbabit terutamanya pada bahagian bumbung.

Pada masa sama, ahli parlimen sebuah negeri di utara tanah air itu turut meninggalkan satu kapsyen pada gambar terbabit.

“Peribahasa baru: kalau takut BALAK diatas bumbung jangan berumah dinegeri Pahang,” tulisnya pada kapsyen gambar terbabit.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan YB terbabit kerana menjadikan mangsa banjir sebagai bahan jenaka serta dia tidak sensitif dengan bencana yang menimpa mangsa banjir ketika ini.

“Rakyat juga jadi bahan jenaka. Mana rasa simpati daripada YB-YB ni?” tulis Khalid Mohd Ismath.

“Penderitaan dan musibah yang menimpa rakyat nampaknya berjaya menghiburkan dan menjadi bahan jenaka YB. Jarang-jarang dapat jumpa YB gini. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan Redha Allah SWT,” kata Nudin Abdullah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Asri Salleh.

“Yang buat kerja balak tu orang lain, yang ditimpa musibah tu pulak orang lain. Patut ke seorang yang dilantik menjadi wakil rakyat buat posting (hantaran) yang tak peka dengan isu sensitif macam ni?,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI