fbpx

Pemandu Camry tular memandu melulu dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Toyota Camry yang ditangkap selepas tular memandu melulu di Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Tindakan seorang lelaki yang tular memandu Toyota Camry secara melulu di Kilometer 46 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, Sabtu lalu memakan diri apabila ditahan polis semalam.

Penahanan suspek dilakukan kira-kira pukul 8.30 malam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor ketika dia dipanggil hadir bagi membantu siasatan.

Pemandu Toyota Camry tersebut

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terdahulu mengesan sebuah video berdurasi tiga minit memaparkan tindakan seorang lelaki memandu melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pukul 5.33 petang pada Sabtu lalu melibatkan pemandu berusia 30 tahun itu yang dikesan menerusi satu rakaman kamera papan pemuka kenderaan lain.

“Berdasarkan rakaman itu, pemandu Camry berkenaan sedang mengejar kenderaan di hadapannya.

“Lelaki itu turut mengekori secara rapat dan melakukan halangan jalan di persimpangan Jalan Teluk Piah Kanan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jelas beliau, bertindak atas kejadian tular di media sosial itu, satu laporan polis dibuat bagi tindakan lanjut.

“Anggota trafik kita kemudian berjaya mengesan pemandu itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi di pekarangan IPD Kuala Selangor bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI