fbpx

Laluan di Kilometer 77 hingga 78 Karak arah Timur dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan Lebuh Raya Karak arah Timur yang dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan dan pembaikan siap dilakukan semalam.

PETALING JAYA – Semua laluan di Kilometer (KM) 77 hingga KM 78 arah Timur Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) yang sebelum ini ditutup kerana tanah runtuh dan banjir lumpur telah dibuka semula.

Pengurus Besar Kanan, Anih Berhad, Radzimah Mohd. Radzi. berkata, kesemua laluan itu dibuka semula sejak pukul 3 pagi semalam selepas kerja-kerja pembersihan dan pembaikan siap dijalankan.

Menurut Radzimah dengan pembukaan itu, pengguna yang ingin ke Pekan Karak tidak perlu membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Karak dan boleh meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Bagaimanapun katanya, bagi pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak, mereka masih perlu membuat pusingan U di Plaza Tol Karak.

“Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari KM 66 hingga KM 70 sudah dibuka sepenuhnya.

“Namun, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda arahan keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua di KM 74.8 hingga KM 77.3 untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Radzimah berkata, untuk maklumat lanjut, tepat dan terkini, sila rujuk laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI