fbpx

Biar ternakan berkeliaran di jalanan boleh didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ternakan lembu secara komersial perlu dipelihara dalam kawasan yang berpagar untuk memastikan haiwan ruminan tidak berkeliaran di jalan raya. – FOTO: IHSAN JPV

PUTRAJAYA – Pemilik haiwan yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran di jalanan boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan tidak melebihi RM5,000 bagi setiap ekor.

Demikian peringatan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) susulan banyak aduan diterima daripada masyarakat berkaitan isu berkenaan di Daerah Pekan, Pahang bulan lalu.

Malahan, agensi tersebut turut menguatkuasakan Enakmen Kawalan Kerbau dan Lembu 2001 di negeri berkenaan bagi pencegahan elemen kacau ganggu dan keselamatan awam.

“Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah pula, pesalah terbabit akan dihukum denda RM5,000,” jelas JPV menerusi satu hantaran yang dikongsi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Sharim Md. Zain.

Hantaran itu merujuk kepada hasil pertemuannya dengan Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Pekan, Fazila Hasan ekoran aduan penduduk mengenai ternakan yang bebas berkeliaran di situ.

Isu tersebut hangat diperkatakan apatah lagi jika berlaku kemalangan jalan raya terutamanya sepanjang laluan besar akses ke Felda Chini yang dibuka kerajaan pada 1971 lalu.

Ia yang mempunyai lapan skim penempatan tanah persekutuan di situ dinamakan bersempena Tasik Chini serta terletak di tengah laluan utama menghubungkan antara Kuantan dan Segamat, Johor.

Mengulas lanjut, Sharim turut maklum bahkan mengakui selalu terserempak dengan banyak lembu yang masih meragut rumput di tepi jalan pada waktu malam khususnya ketika ada hujan.

“Tindakan terpaksa diambil JPV kepada masih ada pemilik yang degil dan tidak ikut peraturan ditetapkan waima tidak hirau keselamatan orang ramai dengan biar berkeliaran,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI