fbpx
Perkongsian yang dimuat naik oleh Famy.Ismail di TikTok mengenai pemergian ayah tercinta.

Ramai sedih ‘atok online’ meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Baru sahaja niat di hati nak pergi ziarah beliau hujung minggu ini, tapi Allah lebih menyayangi atok.”

Demikian luahan hiba salah seorang lelaki dikenali sebagai Babaglowup menerusi satu hantaran di TikTok selepas kehilangan warga emas kesayangan ramai, Ismail Ibrahim, malam tadi.

Allahyarham yang lebih mesra dikenali sebagai ‘atok online’ dalam kalangan pengguna TikTok, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.46 malam semalam.
Menurut perkongsian anaknya, Fahmi Ismail, detik pemergian bapanya itu berlaku dalam keadaan yang sangat tenang dan dipermudahkan.

“Ayah pergi seperti tidur. Aku reda dengan pemergian ayah. Saya mohon halalkan makan minum ayah,” katanya.

Menceritakan detik hiba itu, rata-rata pengguna mengakui terkejut kerana baru sahaja melihat perkembangan kesihatan arwah yang dikongsi di TikTok sebelum menerima perkhabaran duka itu.

Ismail yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-80 pada 11 April lalu, disifatkan sebagai seorang insan yang lemah lembut dan sering menghiburkan orang ramai dengan ‘content’ kekeluargaan yang santai.

“Atok online kami. Semoga tenang di sana dan salam takziah kepada keluarga,” kata _Switfuentas.

“Selepas ini tiada lagi gurau senda bersama atok online. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” ujar Eyymal.s pula.

“Hilang dah penyeri live (siaran langsung) di malam hari, rehat lah atok,” jelas Superl93.

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai pengguna media sosial yang turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan anaknya, Fahmi Ismail diberi kekuatan menghadapi ujian berat itu. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN