fbpx

51 pegawai, anggota polis Perak dikenakan tindakan tatatertib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior (kanan) menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada anggota polis yang terjejas banjir melibatkan kediaman ibu bapa pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di Ipoh.

IPOH – Seramai 51 pegawai dan anggota polis Perak dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, daripada jumlah itu, tiga orang adalah dalam kalangan pegawai kanan manakala 48 orang pula pegawai rendah polis.

“Sepanjang tahun lalu, tiga pegawai kanan dan 38 pegawai rendah polis telah dikenakan tindakan tahan kerja.

“Seramai tiga pegawai rendah polis pula digantung kerja manakala tujuh orang lagi dikenakan tindakan buang kerja selepas siasatan tatatertib menyabitkan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini hari ini.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing juga telah dijalankan secara rambang ke atas 141 pegawai polis oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perak sejak April hingga Disember lalu.

“Hasil daripada saringan itu, seramai tujuh orang didapati positif dadah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI