fbpx

15 tahun hidup dengan 12.74 tan sisa sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pekarangan rumah dua beranak tersebut yang dipenuhi dengan sampah-sarap.

PUTRAJAYA – Tiada siapa boleh bayangkan bagaimana dua beranak mengharungi kehidupan seharian dengan dikelilingi sisa sampah dan kitar semula seberat 12.74 tan sejak 15 tahun lalu.

Situasi tidak selesa itu dikongsi pasukan penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kuala Lumpur selepas menjenguk kediaman itu pada 29 Disember lalu.

Pengarahnya, Ummi Kalthum Shuib berkata, pihaknya menerima satu aduan kacau ganggu dari sebuah rumah di selatan Kuala Lumpur pada 29 Disember lalu dari seorang pengadu.

Beliau berkata, kacau ganggu tersebut boleh menyebabkan terjejasnya kesihatan dan gangguan lain kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Siasatan mendapati, penghuni rumah adalah seorang warga emas manakala, anaknya yang mengumpulkan sisa kitar semula itu pula mempunyai masalah kesihatan. Justeru, kami terpaksa memujuk penghuni rumah dan anaknya itu terlebih dahulu sebelum operasi pembersihan dilaksanakan pada 30 Disember lalu.

“Kami amat berterima kasih kepada anggota dari Balai Polis Cheras yang membantu memantau operasi pembersihan selama dua hari itu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, selepas tamat operasi, sebanyak 12.74 tan sisa telah dikeluarkan daripada rumah berkenaan termasuk 1.14 tan sisa kitar semula.

Menurutnya, beliau memohon kerjasama penduduk setempat supaya memastikan kawasan perumahan berkenaan melaksanakan pengasingan di punca (SAS) dan berada dalam keadaan bersih sentiasa.

“SWCorp Wilayah Persekutuan juga memohon semua pihak bekerjasama untuk membasmi sampah haram, sampah terbang, meningkatkan pelaksanaan SAS dan kitar semula,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI