fbpx

PM perlu campur tangan isu penangguhan perjalanan umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harun

KUALA LUMPUR – Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan dalam isu penangguhan ibadah umrah agar beliau mendapat gambaran yang jelas berkenaan masalah yang dihadapi pemain industri.

Presidennya, Harun KC Ahmmu berkata, bagi tujuan itu, pihaknya berhasrat untuk berjumpa dengan Ismail Sabri bagi meminta pihak kerajaan agar mengkaji semula keputusan penangguhan ibadat umrah yang bakal memberi kerugian kepada semua pihak termasuk jemaah.

“Hasrat kami mahu bertemu beliau (Ismail Sabri) bukan untuk menentang keputusan penangguhan perjalanan ibadat umrah oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sebaliknya kami mahu ia diteruskan dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP).

“Jika perjalanan ibadat umrah ini dibatalkan, bukan sahaja pemain industri yang terdiri daripada syarikat dibawah kendalian Bumitra yang rugi bahkan jemaah juga yang terpaksa menanggung pelbagai kos termasuk bayaran visa yang dibuat melalui ewallet yang tidak akan dikembalikan,” ujarnya ketika sidang akhbar di pejabat Sekretariat Bumitra di Taman Danau Kota, di sini hari ini.

Ketika ditanya adakah pihak KKM menjemput pihak Bumitra untuk berbincang berkenaan isu penangguhan, jelas beliau, pihaknya tidak menerima sebarang jemputan berkenaan perkara itu.

“Memang kami rasa terkilan dengan pihak KKM yang tidak menjemput pihak Bumitra untuk berbincang sebelum membuat keputusan yang drastik ini, kami hanya tahu bila keputusan dibuat.

“Kami juga pelik kenapa tidak dijemput walhal syarikat yang mengendalikan umrah dan haji, majoritinya berada dibawah payung Bumitra.

“Selain itu, apa yang saya nampak KKM juga sepatutnya mengambil pandangan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum membuat keputusan kerana mereka lebih tahu situasi sebenar yang berlaku,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI