fbpx

Kes Omicron meningkat, Thailand cadang 14 hari bekerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai dilihat berada di stesen kereta api Hua Lamphong pada Ahad lalu ketika musim cuti Tahun Baru. - Apichit Jinakul

BANGKOK – Kerajaan Thailand meminta agensi negeri dan syarikat swasta untuk membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah selama 14 hari berikutan peningkatan jangkitan varian Covid-19, Omicron sebanyak 1,500 kes di seluruh negara setakat kelmarin, lapor akhbar Bangkok Post hari ini. 

Perkara itu disampaikan oleh  jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana semalam. 

Menurut Thanakorn, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha turut mengarahkan agensi negeri memantau situasi kes Omicron dengan teliti bagi mengelakkan wujudnya kluster seperti 244 kes di bandar Kalasin yang kemudian tersebar ke beberapa wilayah.

Beliau berkata, mereka yang pulang ke Bangkok dari wilayah lain melalui terminal bas Mor Chit dan stesen kereta api Hua Lamphong boleh mendapatkan ujian antigen secara percuma.

Perkhidmatan itu disediakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Awam dan Kementerian Pengangkutan.

Setiausaha tetap untuk kesihatan awam, Dr. Kiattiphum Wongrajit berkata, jangkitan Omicron telah meningkat seperti yang diramalkan, tetapi belum menyebabkan sebarang gejala teruk dan masih terkawal.

‘’Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Awam akan menilai semula keadaan sebelum membentangkan sebarang langkah membendung penularan kepada Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 pada Jumaat ini,’’ jelas Dr. Kiattiphum.

Ketua pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr. Suakit Sirilak berkata, Thailand mencatatkan sejumlah 1,551 kes varian Omicron di 47 wilayah antara 1 November 2021 hingga 1 Januari 2022. Daripada jumlah itu, sebanyak 779 kes berasal dari luar negara dan 772 kes penularan tempatan.

Orang ramai diingatkan mengamalkan  langkah berjaga-jaga ‘Universal Prevention’ seperti memakai pelitup muka dan mengekalkan jarak selamat untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI