fbpx

Fairing RXZ lusuh harga RM1,999

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inilah fairing RXZ sudah lusuh yang ditawarkan pada harga RM1, 999.

PETALING JAYA – Kegilaan peminat permotoran mengumpul barangan asli dari kilang dilihat seperti tiada penghujungnya.

Ternyata kualiti barangan asli tersebut menjadi alasan kenapa peminat-peminat permotoran ini berebut mendapatkan barangan itu walaupun harganya tidak masuk akal.

Terkini di media sosial, fairing motosikal jenama Yamaha RXZ keluaran sekitar 1990-an dijual dengan harga yang amat tinggi.

Satu iklan di laman media sosial memaparkan, jualan barangan terpakai, fairing RXZ yang berwarna merah lusuh itu ditawar pada harga RM1,999.

Iklan fairing RXZ tersebut mendapat kecaman dari orang ramai kerana keadaan fering tersebut sudah lama dan warnanya juga sudah lusuh.

“Ini orang Kelantan cakap ‘barang kawe, duit demo’. Puak-puak ini lah yang buat harga barang-barang lama ini makin tidak masuk akal.

“Mahal tu tak apa, tapi biarlah munasabah dengan keadaan fairing itu, ini pun dah lusuh sangat dah,” ujar Syafik1990.

“Iya, sekali lagi ditawarkan pada harga yahudi. Sebelum ini aku jumpa penutup rantai RXZ harga RM5,000.

“Kalau ada yang beli pun mesti orang yang duit banyak ini, tetapi kalau yang nak beli duit cukup-cukup makan itu, tidak payah la,” kata mamat jakar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI