fbpx

Eyka Farhana ditegur, pakai baju ‘tak cukup kain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAKAIAN yang digayakan Eyka mengundang rasa kurang senang netizen.

DIVA fikir penyanyi Aina Abdul sahaja yang selalu dikecam kerana menjadi mangsa fesyen. Rupa-rupanya pelakon cantik, Eyka Farhana pun terkena tempias sama seperti penyanyi itu.

Bukan setakat dikatakan menjadi mangsa fesyen, Eyka juga dikecam netizen sebab pakaian yang dipakainya kelihatan agak seksi sehingga dilabel ‘tidak cukup kain’.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon bertubuh kecil molek itu berkongsi foto menunjukkan dia memakai gaun berona hitam dengan gaya reben besar menutupi bahagian dadanya.

Pepatah ada berkata, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kiranya Eyka memang berani berpakaian sebegitu sebab tidak kisah dengan kecaman netizen terhadapnya.

Maka ‘terbitlah’ beberapa komen daripada ustaz dan ustazah ‘jadian’ memberi teguran dan tarbiah kepadanya.

“Tutup aurat kak. Insya-Allah akan mendapat hidayah nanti,” kata seorang netizen.

“Mangsa kezaliman fesyen. Sanggup buat apa sahaja demi populariti,” ujar seorang pengguna Instagram.

Malah ada juga beberapa netizen mempersoalkan ucapan sempena hari Krismas yang ditulis Eyka pada kapsyen gambar tersebut.

“Islam tidak membenarkan umat Muslim menyambut hari Natal (Krismas). Haram,” komen seorang pengikutnya.

DIVA: Khabarnya Neelofa dah mula buat persediaan menyambut kelahiran anaknya. Rasa tak sabar pula!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI