fbpx
KEPULAN asap dilihat dari bumbung bangunan yang terbakar di presint Parlimen, Cape Town hari ini. - AFP

Bangunan Parlimen Afrika Selatan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE TOWN – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di bangunan Parlimen Afrika Selatan di Cape Town, hari ini.

Jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian ketika api dan kepulan asap dilaporkan merebak pada sekitar pukul 7.30 pagi (waktu tempatan).

“Bumbung dan bangunan Dewan Negara telah terbakar.

“Api dilihat tidak terkawal dan mengakibatkan keretakan pada dinding bangunan,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan bandar itu.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti. Dewan Parlimen di Cape Town terdiri daripada tiga bahagian, termasuk sebuah bangunan asal dan yang tertua di dunia yang siap pada tahun 1884. – AFP 

POPULAR