fbpx

7,527 anggota bomba dan penyelamat sedia hadapi gelombang kedua banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican diberikan taklimat ketika hadir ke Ibupejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Seramai 7,527 anggota bomba dan penyelamat serta 438 aset telah diatur gerak di enam buah negeri bagi menghadapi sebarang kemungkinan gelombang kedua banjir.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pasukan bomba dan penyelamat juga berada dalam keadaan berjaga-jaga khususnya di Pantai Barat yang dijangka mengalami fenomena air pasang besar sehingga 5 Januari 2021.

“Tahun baru 2022 ini saya mulakan dengan mendapatkan taklimat dan kemas kini kesiapsiagaan pasukan bomba dan penyelamat dalam gelombang kedua banjir di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Putrajaya.

“Saya turut menerima laporan mutakhir ‘real-time’ daripada pengarah-pengarah bomba negeri mengenai keadaan di seluruh negara khususnya di 6 negeri yang sedang mengalami banjir.

“Kumpulan WhatsApp saya bersama mereka tidak pernah sunyi dengan laporan terkini situasi di lapangan pada setiap masa bagi memudahkan arahan diberi serta merta dan tindakan dapat dilakukan segera,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Beliau, berkata, kesiapsiagaan pasukan bomba dan penyelamat berada dalam keadaan optimum dengan 4,878 operasi telah pun dilakukan sepanjang musim Monsun Timur Laut, sehingga jam 8.00 pagi tadi.

“Keberadaan Wira Merah di setiap lokasi, bagi saya merupakan relief (kelegaan) kepada rakyat.

“Saya doakan pasukan Wira Merah kita terus diberi kekuatan untuk memberi khidmat kepada rakyat, di mana sahaja, pada setiap masa,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI