fbpx

172 kes varian baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 172 kes baharu Variant of Concern (VOC) dilaporkan dari 25 Disember hingga hari ini melibatkan 170 kes baharu varian Delta (B.1.617.2) dan dua kes baharu varian Omicron (B.1.1.529).

Kesemua 172 kes tersebut dilaporkan di Kelantan (60), Perak (41), Pulau Pinang (34), Johor (13), Negeri Sembilan (6), Pahang (5), Melaka (5), Terengganu (3), Kedah (3) dan Sarawak (2).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) mengenal pasti 107 kes varian Delta (B.1.617.2) manakala, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) dengan 40 kes varian Delta (B.1.617.2).

“Seterusnya, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) mengenal pasti 23 kes varian Delta (B.1.617.2) dan Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) dengan dua kes varian Omicron (B.1.1.529).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah 5,480 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, daripada jumlah yang dikesan, 5,460 kes adalah VOC iaitu 5,151 kes varian Delta, 233 kes varian Beta, 14 kes varian Alpha dan 64 kes varian Omicron, manakala 20 kes adalah VOI melibatkan 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI