fbpx

KKM kaji keperluan dos penggalak keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa ini sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung kajian mengenai pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac tidak mencukupi dalam membendung penularan varian Omicron.

“Kita telah menerima berita tersebut dan kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji maklumat diperolehi. Mereka akan buat syor kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) seperti biasa.

“Sama ada mereka yang telah terima Sinovac-Sinovac-Pfizer mesti dilengkapi satu dos lagi, tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan buat masa ini,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Ujarnya lagi, kajian yang sedang dijalankan oleh kumpulan teknikal tersebut dikendalikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr. Kalaiarasu M. Peariasamy. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI