fbpx

Hari pertama tahun baru, Anita Baharom kematian suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anita mengesahkan berita mengenai kematian suaminya, Ismail kira-kira pukul 8 pagi tadi.

PETALING JAYA – Kehadiran tahun baharu 2022 disambut berita duka oleh pelakon Anita Baharom selepas suaminya iaitu Ismadi Ismail, 50, disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, Selangor sekitar pukul lapan pagi tadi.

Menurut Anita, 38, suaminya ‘pergi’ dalam keadaan tiba-tiba tanpa dia sedari di ruang tamu rumah mereka.

“Sepatutnya pagi ini dia menghantar saya menghadiri sebuah pembentangan untuk satu program masjid. Selepas bersiap, saya melihat dia sudah terbaring di atas permaidani di ruang tamu.

“Saya ingatkan suami tertidur. Tapi bila saya kejutkan dia sudah tidak memberi respons. Tangannya juga sejuk serta kebiruan. Terus saya panggil orang masjid untuk melihatnya,” kata Anita ketika dihubungi Kosmo! Online.

Ujar Anita lagi, suaminya memiliki sejarah penyakit kencing manis.

Bagaimana suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau tanda-tanda pelik sebelum meninggal dunia secara mengejut.

Lebih hiba, kata-katanya suami bahawa dia akan ‘pergi dulu’ (meninggal dunia) sebelum dirinya kini menjadi kenyataan.

“Arwah tiada menunjukkan tanda-tanda pelik, cuma dia pernah cakap, dia akan pergi dulu sebelum saya,” katanya.

Ditanya mengenai proses pengurusan jenazah, Anita berkata semuanya akan diuruskan di rumah dan pihak masjid.

“Arwah pesan juga kalau dia meninggal dunia, kebumikan di kawasan tempat dia meninggal dunia. Jadi, kalau tak ada aral melintang, semuanya akan diuruskan di rumah atau masjid,” katanya.

Kata Anita, suaminya dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang selepas waktu Zohor sementara menunggu ahli keluarga mertuanya dari Johor.

Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI