fbpx

Empat mayat terapung disyaki warga Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM mengangkat empat mayat tanpa identiti yang ditemui terapung dekat Pulau Sembilan pagi semalam.

LUMUT – Bedah siasat terhadap tiga mayat wanita dan satu mayat lelaki yang ditemui berhampiran Pulau Jarak dekat sini, pagi semalam mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Pada masa sama, kesemua mayat juga tiada tanda suntikan bacille Calmette-Guerin (BCG) yang lazim diterima rakyat tempatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua mayat tersebut dipercayai warga Indonesia berdasarkan pada pakaian yang dipakai mereka.

“Bedah siasat pagi ini mendapati punca kematian adalah tidak pasti disebabkan tubuh hampir reput dan tiada sebarang unsur-unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut beliau, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan anggaran umur juga tidak dapat ditentukan kerana keadaan tubuh keempat-empat mangsa yang mulai mereput.

Jelasnya, mayat mangsa lelaki mempunyai lukisan pada dada kanan gambar perempuan, lukisan bunga pada dada kiri, lukisan perempuan di lengan kanan manakala lengan kiri mempunyai lukisan yang tidak pasti.

Beliau memberitahu tiga wanita tersebut pula ditemui berpakaian lengkap dengan seorang daripadanya memakai tudung.

“Mayat kini disimpan di bilik mayat Hospital Sri Manjung sementara menunggu untuk dituntut oleh waris sekiranya ada.

“Mengenai kaitan penemuan mayat tersebut dengan kemungkinan kes bot karam yang dilaporkan di Sekinchan, Selangor, ia masih dalam siasatan,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan nelayan tempatan menemui empat mayat terdiri tiga wanita dan seorang lelaki, terapung, dekat perairan Pulau Jarak.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI