fbpx

Dikompaun RM311,000 ketika sambut tahun baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah 311 individu dikompaun kerana gagal menjaga penjarakan fizikal ketika menyambut ambang Tahun Baru malam tadi. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Seramai 311 individu dikompaun kerana gagal menjaga penjarakan fizikal dengan bersesak-sesak menyambut ambang Tahun Baharu 2022 di sebuah restoran di Jalan Sultan Yussuf, di sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, premis yang sepatutnya memuatkan 100 pelanggan bertukar menjadi kelab hiburan apabila beroperasi dalam keadaan gelap dengan muzik dipasang kuat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil pemeriksaan mendapati pelanggan di restoran tersebut gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu tiada penjarakan fizikal satu meter.

“Restoran ini sepatutnya hanya boleh menempatkan tidak lebih 100 pengunjung tetapi semasa pemeriksaan dijalankan, kita dapati terlampau ramai orang berada di dalam premis itu hingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Disebabkan pelanggaran SOP, kita telah mengenakan kompaun RM1,000 kepada setiap pelanggan dan pemilik restoran,” katanya ketika ditemui selepas meninjau operasi tersebut malam tadi.

Menurutnya, pengunjung restoran itu terdiri daripada 177 lelaki dan 99 wanita manakala 35 pelanggan lagi adalah remaja bawah umur dengan yang paling muda berusia 16 tahun.

Dalam perkembangan lain katanya, seramai 901 pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak digerakkan dalam Operasi Khas Cegah Jenayah sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2022. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI