fbpx

Dalgona semakin dilupakan, Milo dalam tin pula tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki minum minuman berasaskan coklat dalam tin.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini, minuman ‘dalgona’ menjadi fenomena dalam kalangan orang ramai terutamanya semasa mereka ‘dikurung’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Namun minuman itu semakin dilupakan peminatnya, terbaharu tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu minuman berasaskan coklat yang akan menjadi fenomena baharu.

Lebih menarik, klip video yang dikongsi di laman sosial itu turut memaparkan ‘menu’ baharu itu dihidangkan terus di dalam tin minuman berasaskan coklat terbabit.

Menerusi klip video berdurasi 11 saat juga kelihatan seorang lelaki turut berkongsi cara-cara membuat minuman tersebut dengan memasukkan air, susu dan juga ais ke dalam tin minuman terbabit.

Penyediaan yang cukup ringkas itu menyebabkan klip video tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 30,000 kali dan dikongsi lebih 150 pengguna laman sosial.

Bagaimanapun, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi yang mahu orang ramai berhati-hati untuk mencuba minuman itu kerana ia mempunyai kandungan gula yang tinggi.

“Nampak sangat menyelerakan, namun awas, ini kalau minum sendirian, auto kerat kaki,” tulis Supian Saat.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mat Selamat.

“Ini jalan pintas untuk potong kaki, jangan amalkan selalu bahaya, lagi cepat bertemu ilahi nanti,” tulisnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI