fbpx
Baharuddin memantau salah sebuah rumah mangsa banjir di Kampung Pasir Raja, Dungun hari ini.

Banjir: Tiada kes kecurian rumah mangsa di Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Penduduk yang berpindah selepas kediaman mereka dinaiki air tidak perlu bimbang untuk meninggalkan rumah masing-masing.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya menerusi pasukan jenayah akan melakukan rondaan secara berkala bagi memastikan harta benda penduduk berada dalam keadaan selamat.

“Selain pasukan rondaan, kita turut mempunyai pasukan jenayah bagi memantau kediaman penduduk yang ditinggalkan bagi memastikan tiada kejadian kecurian berlaku.

“Penduduk tidak perlu risau apabila meninggalkan kediaman dan setakat ini masih belum ada sebarang kes kecurian dilaporkan,” katanya ketika memantau keadaan banjir di Kampung Pasir Raja di sini hari ini.

Dalam pada itu, Baharudin berkata, pihaknya menerima laporan masih ada penduduk yang melakukan aktiviti memukat dan memancing ikan meskipun keadaan air sungai berisiko membahayakan nyawa mereka.

“Hentikanlah dahulu aktiviti memancing dan memukat ikan sewaktu keadaan paras air sungai yang berbahaya dan arus agak laju ketika ini. Apa yang menjadi keutamaan ketika ini adalah nyawa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN