fbpx

Banjir di Kelantan semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Jeli menggunakan bot selepas jalan utama yang menghubungkan Jeli-Dabong, Kuala Balah ditenggalami banjir setinggi 1.4 meter semalam. /FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Situasi banjir yang melanda tiga daerah di negeri ini iaitu Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah semakin pulih meskipun keadaan cuaca ketika ini masih tidak menentu.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 9.30 pagi tadi, seramai 1,129 mangsa masih lagi berada di 18 pusat pemindahan sementara (PPS).

Bagaimanapun, Jeli masih lagi merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi di negeri ini apabila seramai 803 orang berada di enam PPS diikuti Kuala Krai (314) dan Tanah Merah (12).

Sementara itu, kerajaan negeri menerusi portal ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan, dua sungai di Kelantan masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Galas di Dabong Kuala Krai dengan 39.64 meter dan Tanggai Krai setinggi 25.18 meter yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam.

Bagaimanapun, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu berada pada paras berjaga-jaga iaitu 3.42 meter berbanding normal iaitu satu meter.

Tiga lagi sungai berada pada tahap amaran iaitu Sungai Lebir di Tualang setinggi 31.38 meter, Jambatan Guillemard (15.42 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (8.64 meter), namun Sungai Golok di Jenob Tanah Merah kembali berada pada tahap normal.

Dalam perkembangan lain, Jalan Dabong-Jeli dekat Jeli ditutup kepada semua kenderaan bermula semalam susulan mendapan tanah dikesan berlaku di kawasan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI