fbpx
Noor Hisham.

451 mangsa banjir positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 451 kes positif Covid-19 telah dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir dengan pertambahan tujuh kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama, sebanyak 15 kes positif Covid-19 direkodkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) namun tiada pertambahan kes baharu hari ini.

“Selain itu, tiada pertambahan kluster baharu di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) sekali gus kekal dengan satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, sebanyak tujuh kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir iaitu jangkitan saluran pernafasan akut teruk (empat kes/kumulatif 1,189 kes), penyakit kulit (dua kes/kumulatif 525 kes) dan acute gastroenteritis (satu kes/kumulatif 239 kes).

Turut dilaporkan adalah penyakit berjangkit konjunktivitis (kumulatif 16 kes) serta penyakit tangan, kaki dan mulut (kumulatif enam kes). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN