fbpx

Lima termasuk penjawat awam dicekup miliki pistol angin, dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLUANG – Seorang penjawat awam antara lima individu yang ditahan polis berikutan serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Delima di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, polis turut menemui sejumlah dadah selain sepucuk pistol angin, peluru, bebola besi dan alat renjatan elektrik.

“Hasil saringan ujian air kencing ke atas semua tangkapan termasuk seorang wanita warga Thailand berusia lingkungan 21 hingga 24 tahun mendapati tiga daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Dua suspek mempunyai rekod lampau iaitu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 6(1) dan Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 39A(I) dan Seksyen 15(1 ) (a) ADB 1952 dan reman akan dipohon pada hari ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI