fbpx

Kertas siasatan Long Tiger larikan diri hampir siap – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) bersama isteri yang juga Pengerusi Perkep Kontinjen Johor, Senior Asisten Komisioner Datin Zaleha Mohd. Ariffin memotong riben belon sempena Program Santai Cycle Perkep Johor 2021 di IPK, Johor Bahru hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kertas siasatan terhadap Long Tiger atau nama sebenarnya Ab. Hamim Ab. Hamid, 35, yang bertindak melarikan diri dari tahanan lokap Mahkamah Tangkak, 15 Disember lalu hampir selesai.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagaimanapun pihaknya bersedia membuat permohonan penambahan tempoh reman sekiranya diperlukan.

“Sambung reman atau tidak, ini bergantung kepada siasatan kita, kalau belum lengkap mungkin kita akan minta sambung reman. Ini juga bergantung kepada mahkamah sama ada akan bagi reman tambahan atau tidak.

“Tetapi saya rasa Insya-Allah, ‘more or less’ kita dah siapkan kertas siasatan, kes ini adalah ‘straight forward’ iaitu dia melarikan diri daripada tahanan. Kita akan lihat kalau tidak cukup, kita akan minta reman tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas majlis pelancaran Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor 2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah beliau, setakat ini, jumlah tangkapan suspek melibatkan kes Long Tiger melarikan diri daripada tahanan masih kekal seramai empat orang.

Pada 28 Disember lalu, polis berjaya menahan lelaki keturunan Rohingya itu yang menyembunyikan diri di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah.

Terdahulu pada 15 Disember, Long Tiger meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor sebelum perbicaraannya bermula kira-kira pukul 11.55 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI