fbpx

Arab Saudi laksana semula penjarakan fizikal di Masjidil Haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

RIYADH – Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci semalam mengumumkan pelaksanaan semula peraturan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal yang diwajibkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, berkuat kuasa pukul 7 pagi (waktu tempatan) hari ini, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Pihak berkuasa Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, ia memutuskan untuk melaksanakan semula langkah-langkah penjarakan fizikal dalam kalangan jemaah umrah dengan menjarakkan sejadah dan semasa melakukan tawaf bagi menjaga kesihatan dan keselamatan jemaah.

Susulan itu, pihak presidensi menyeru semua jemaah dan pekerja di Dua Masjid Suci untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Mereka turut diarah mematuhi masa untuk masuk ke dalam masjid mengikut masa yang ditetapkan dalam permit umrah dan solat yang dikeluarkan oleh aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi semalam turut mengumumkan pelaksanaan semula peraturan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di semua kawasan tertutup dan terbuka negara itu, juga berkuat kuasa hari ini.

Ia dilakukan sebagai langkah baharu untuk membendung penularan varian Omicron serta lonjakan kes harian Covid-19 di negara itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI