fbpx

Banjir: 110 kes penyakit berjangkit, tiada kes Covid-19 baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 110 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (81 kes), penyakit kulit (16 kes) dan  acute gastroenteritis (13 kes).

“Selain itu, tiada kes Covid-19 baharu dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir. Jumlah keseluruhan adalah kekal sebanyak 434 kes.

“Dalam masa sama, tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan hari ini dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Perpindahan Sementara (PPS),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 88 PPS masih beroperasi dengan negeri dilanda banjir melibatkan Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala seramai 12,421 mangsa terjejas. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI