fbpx

Pekik, api kebangkitan muzik bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALBUM Pekik yang menemui peminat tahun hadapan menyaksikan gabungan artis-artis indie daripada pelbagai genre muzik.

TEMPOH dua tahun pandemik sedikit melewatkan aktiviti berkarya anak seni tetapi tidak menumpulkan idea dan visi warga komuniti kreatif tempatan.

Watak-watak dalam arena muzik bebas (indie) tidak terkecuali daripada menjalani tempoh sukar tersebut.

Di Lembah Klang khususnya, sekumpulan pemuzik ‘indipedent’ dan alternatif kembali menyemarakkan semula api wawasan dan usaha untuk menghidupkan apresiasi terhadap sejarah muzik ‘underground’ tempatan.

Keadaan tersebut sekali gus disusuli dengan matlamat agar perjuangan mereka kekal di hati pencinta muzik dan budaya yang menjadi nadi jiwa muda anak Malaya moden sejak beberapa dekad lalu.

Peranan tersebut dipikul oleh Fareeq Alias dalam usaha meraikan semula suasana kemeriahan yang pernah dicetuskan muzik indie sekitar berpuluh tahun lalu.

Sebuah album runut bunyi rasmi ‘rockumentari’ Pekik yang dinanti-nantikan penggila muzik indie dilancarkan pada bulan ini dengan menampilkan personaliti dan kaliber dua orang vokalis berkarisma.

Radhi OAG (Orang Asia Genius), tidak perlu diperkenalkan lagi. Pekik merupakan single pertama dihasilkan Radhi semasa pasca pandemik.

Turut menyumbangkan suara ialah Tam daripada kumpulan metal terkenal dari utara tanah air, Blind Tribe.

Mereka tampil dengan lagu yang merupakan runut bunyi rasmi untuk filem dokumentari berjudul Pekik arahan Fareeq sendiri.

Naskhah berkenaan kini dalam proses pembikinan dengan mendapat sokongan MyCreative Ventures dan dijangka akan menemui penonton menjelang pertengahan tahun hadapan.

LAGU Pekik merupakan single pertama yang dihasilkan Radhi semasa pasca pandemik.

Kompilasi

Pekik mendapat sentuhan daripada ahli-ahli dari setiap band yang berperanan besar dalam membentuk kemaraan muzik ‘indipendent’.

Antaranya Izzat Uzaini (basis kumpulan Hujan), Kudux (Pesawat) serta dua gitaris handalan iaitu Ihzwan Omar atau Ijoo (Monoloque) serta Alel Hashim (Upon Arrival) yang juga bertindak sebagai penerbit.

Menariknya, lagu Pekik turut dimuatkan dalam sebuah album kompilasi yang diterbitkan khas untuk ‘rockumentari’ Pekik kelak.

Kumpulan, kugiran dan artis-artis bebas lain turut mempersembahkan karya mereka sebagai sumbangan kepada perjuangan kebangkitan baharu tersebut dengan merangkumi pelbagai genre.

Pelbagai jalur muzik dipadu dalam album berkenaan termasuklah indie, metal, grunge, reggae, hardcore, rapcore dan punk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI