fbpx

Covid-19: 434 kes dikesan pada mangsa banjir, 14 di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat pemindahan banjir. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sehingga hari ini sebanyak 434 kes positif Covid-19 direkodkan yang melibatkan mangsa banjir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, terdapat 14 kes positif di pusat perpindahan sementara (PPS) dengan satu kluster dicatatkan meliputi 10 kes Covid-19.

“Selain itu, 78 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) (53 kes), penyakit kulit (17 kes), acute gastroenteritis (AGE) (empat kes), penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) (dua kes) dan konjunktivitis (dua kes),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 121 PPS masih beroperasi dengan lima negeri dilanda banjir iaitu Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka merangkumi 19,099 mangsa banjir. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI