fbpx

150 keluarga OKU terjejas banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Ikhwan (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada Zur Ain Syahira untuk membantu keluarga OKU yang terjejas banjir di pejabat Ihsan, hari ini.

KOTA BHARU – Sebanyak 150 buah keluarga melibatkan orang kelainan upaya (OKU) didapati terjejas semasa kejadian banjir yang berlaku di beberapa daerah di Kelantan baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Membantu OKU Negeri Kelantan (Ihsan), Muhd. Ikhwan Ahmad Bastaman berkata, kesemua keluarga OKU yang dikenal pasti merupakan mereka yang tinggal di Kuala Krai, Rantau Panjang, Jeli dan Kota Bharu.

Menurutnya, Ihsan telah mengenal pasti mereka yang terlibat dan akan menyampaikan bantuan bernilai RM400 merangkumi keperluan asas seperti pek makanan dan wang tunai.

“Kita menerima sumbangan daripada TDC Holdings Sdn. Bhd. berjumlah RM30,000 dan kesemua peruntukan itu akan disumbangkan kepada keluarga OKU yang terjejas banjir di negeri ini.

“Melalui peruntukan itu, kita akan membantu membaik pulih rumah OKU yang rosak akibat bah pada tahun ini. Bantuan tersebut akan diagihkan pada minggu hadapan mengikut kawasan-kawasan tertentu,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Ihsan di sini hari ini.

Terdahulu, Muhd. Ikhwan menerima replika cek bernilai RM30,000 yang disampaikan oleh Pegawai Tanggungjawab Sosial Korporat TDC Holdings Sdn. Bhd., Zur Ain Syahira Ghazali kepada Ihsan untuk misi bantuan itu.

Sementara itu, Zur Ain Syahira berkata, bantuan berkenaan merupakan sumbangan kali ketiga yang disalurkan pihaknya kepada Ihsan yang bermula sejak awal tahun lalu bagi membantu golongan OKU di Kelantan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI